MY STORY

 


Semua orang tentu ada cerita tersendiri. Ada yang gembira, ada juga cerita sedih.  Maklum lah hidup ini memang penuh dengan ujian dan cobaan. Setiap perjalanan ada pengajaran. Bagaimana reaksi atau tindak balas kita pada sesuatu keadaan, mewarnai lukisan hidup kita.

MY STORY

Sepuluh tahun telah berlalu, namun peristiwa kehilangan ketua keluarga serta ayah kepada 5 orang anak kami tetap segar dalam ingatan. Pagi itu adalah pagi terakhir allahyarham menjemput si bongsu dari tadika. Walaupun beberapa hari sebelum tu allahyarham kelihatan kurang sihat tapi kami sangka itu hanyalah disebabkan kepenatan.

Sepulang dari tadika, allahyarham rasa susah bernafas, tetapi seperti biasa allahyarham masuk ke Singapura atas urusan harian (waktu tu kami telah menetap di Johor Bahru). 

Petang tu saya menerima panggilan daripada allahyarham. ” I kat hospital ni. Tadi masuk Singapore I terus ke doctor. Sampai pintu klinik I collapse. Sekarang on oxygen support.”

Cemas, saya bergegas ke Singapura bersama 3 putera kami, 2 kakak mereka sedang menuntut di Sabak Bernam.

Setiba di hospital, saya rasa lega bila melihat allahyarham sedang duduk berehat. Cuma makanan dinner tidak disentuh. “Orang sakit tak selera makan,” itu katanya dengan oxygen mask masih di muka.

Sebelum kami pulang… “Ayah takde, kamu (my third child, was 10 years old) jaga adik-adik.” Waktu tu tak terasa apa-apa pun sebab allahyarham berbual seperti biasa. Tapi allahyarham ada cakap, “maybe serious sebab banyak air masuk tapi tak keluar.”

Lebih kurang jam 3 pagi, handphone berbunyi. Panggilan dari hospital. This image has an empty alt attribute; its file name is my-story.jpg“Cepat dtg hospital. Suami kamu antara hidup dengan mati.”

Bayangkan, baru dalam 5 jam kami berpisah sementara, kini bermacam-macam soalan bermain di kepala. Tak sangka keadaan benar-benar kritikal.

Kami di arah ke CCU – coronary care unit. 

Nurse : “The doctor will speak to you.”

Doctor : “We will do our best. He had a heart attack at 11pm. We managed to resuscitate him and was back to normal ward. But a second attack came. He’s on life support, talk to him, he can hear you but he can’t response.”

Hanya Allah yang tahu betapa pilu hati ini. Mata ini hanya tertumpu pada papan yang memaparkan degupan jantung allahyarham. Amat tak stabil.

Tiada masa untuk berlengah. Saya terus aturkan kepulangan puteri-puteri kami (12 dan 14 tahun ketika itu). Malangnya oleh kerana waktu tu musim hari raya Cina maka tiada bas available dari Sabak Bernam ke SingapuraThis image has an empty alt attribute; its file name is my-story-1.jpg Pihak sekolah terpaksa mengaturkan perjalanan mereka dari Sabak Bernam ke Kuala Selangor. Dari Kuala Selangor tukar bas ke Kuala Lumpur. Kemudian menukar bas sekali lagi untuk ke Singapura. Sayu memikirkan perjalanan 2 puteri kami, tapi inilah ujian yang harus mereka lalui selepas solat subuh pagi tu. Satu perjalanan yang sangat panjang.

Dalam keadaan allahyarham yang seperti nyawa-nyawa ikan, saya hanya mampu berdoa, “Ya Allah, KAU tahanlah nyawa allahyarham. Izinkan puteri-puteri ku berjumpa ayah mereka.”

Akhirnya kira-kira jam 8 lebih malam, puteri-puteri kami tiba di hospital. Suasa teramat hening. Sambil menangis dialunkan bacaan suci Al-qur’an untuk ayah tersayang. Kelihatan ayah mereka turut menitiskan airmata. Terlalu sayu.

Pada jam 10.40 malam, pulanglah seorang insan yang amat kami sayang keThis image has an empty alt attribute; its file name is kubur.jpeg rahmatullah. Insan yang sentiasa memastikan kecukupan dan keselesaan kami dalam hidup. Terlalu cepat semuanya berubah. 

Disease or condition leading to death ; (1) severe pneumonia  (2) uncontrolled diabetes mellitus  (3) Non-ST-elevation Myocardial Infarction {mild heart attack} (4) acute renal failure

KENAPA SAYA INGIN MEMBANTU ANDA

Allahyarham ada masalah penyakit diabetes. Seharusnya allahyarham dalam rawatan dan pemerhatian doktor tetapi beliau tidak mahu bergantung pada ubatan kimia. Ditakuti akan menjejas organ-organ lain. Malangnya allahyarham tidak istiqamah dengan rawatan alternatif mengakibatkan menurunnya daya tahan badan. Bila daya tahan badan lemah(immunity system) maka mudah diserang penyakit.

Jika anda, pasangan anda, ibubapa anda, anak-anak anda atau mereka yang anda sayang mempunyai masalah pengawalan gula, dapatkan lah bantuan.

Gula adalah punca penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti, buah pinggang dan kanser membiak.This image has an empty alt attribute; its file name is my-story-3.jpg

Gula boleh dikawal dan anda boleh kembali sihat. Yakin dan berharaplah pada Yang Maha Pencipta.

Jangan degil. Jangan ambil ringan. Teruslah berusaha selagi diberi peluang. 

Jadikan KEJAYAAN orang lain Harapan anda. KEGAGALAN mereka tidak seharusnya menjadi penghambat untuk anda mencuba dan terus mencuba.

MATLAMAT NORLEILA MYGOHEALTHY

Kami membantu ibu-ibu, isteri-isteri, suri rumah, mengembalikan kegembiraan, keceriaan dan ketenangan di wajah insan- insan tersayang. Menyelamatkan kaki, mata dan anggota badan suami, anak-anak, ibubapa daripada dipotong akibat gula yang tidak terkawal, kos rawatan yang tinggi yang boleh membebankan keluarga, hilang mata pencarian dan boleh membawa kepada hilang nyawa dan mengakibatkan anak-anak menjadi yatim.

Hubungilah kami untuk sebarang soalan atau nasihat percuma.

1. HOTLINE : SMS/WHATSAPP: +60177179614 / +6593293940

2. PM kami di ruang komen di bawah.

 

NORLEILA MYGOHEALTHY
mygohealthy.com

Leave a Comment

*